Suatu masa dahulu….
Kita diganggu
Kita dijajah
Kita ditindas
Kita diseksa
Keluarga kita dibunuh
Tanpa belas kasihan
Sentiasa dibelenggu ketakutan
Menderita di tanah tumpah darah
Kerana…
Kita belum merdeka
Suatu masa dahulu…
Rumah kita diserbu
Tenaga kita dikerah
Tanah kita dirampas
Harta kita di’sita’
Kita menjadi buruh
Tanpa sebarang alasan
Penuh keterpaksaan
Tidak boleh membantah
Kerana…
Kita belum merdeka
Kini, masa telah berlalu…
Kita tidak seperti suatu masa dahulu
Kita megah
Kita bebas
Kita berkuasa
Tiada lagi kuasa lain yang menyuruh
Malah kita yang memberi arahan
Kita bahagia dan aman
Kita terus mara
Kerana…
Kita sudah merdeka
Masa hadapan yang ditunggu…
Kita pasti semakin maju
Kita akan semakin gagah
Tiada lagi perkataan tumpas
Kita adalah kita
Kita buang yang keruh
Yang jernih kita simpan
Dengan kerelaan
Tanpa sebarang perintah
Kerana…
Kita ingin terus merdeka…
0 comments:
Post a Comment